Friday 7 September 2012

Kisah Cinta Luka

Cinta... apa yang dimaksudkan dengan cinta????
apakah cinta itu bermaksud keasyikan....kebahagiaan....atau bertentangan dengannya...     ataupun cinta itu sebenarnya kekecewaan..kelukaan...kecurangan dan kesakitan....????        hanya insan yang pernah bercinta mampu mentafsir maksud cinta.....:-)


Cinta bagi aku merupakan sebuah perasaan yang lahirnya tanpa sedar di hati menyelitkan rasa resah,rindu,asyik dan membuaikan.... sungguh... perkataan cinta memberi makna dan impak yang besar dalam hidupku...cinta menjadikan aku seorang yang berjaya....dan cinta juga meruntuhkan impianku dalam mengejar cita-cita. Cinta tidak hanya meranapkan perasaan bahagia di hatiku tetapi cinta juga menggelapkan jalan lurusku.....:-(

Suatu ketika dahulu, keasyikan mengenal erti cinta membutakan mata dan mindaku... aku leka dengan warna-warni duniawi yang penuh dengan lakonan dan pementasan. Kealpaan semasa remaja menjadikan hidupku terumbang ambing dilambung pukulan demi pukulan ombak derita. Kesakitan yang aku alami tidak pernah menyedarkan namun semakin melalaikan..Hanyutnya aku dalam godaan dan hasutan syaitan...

Lelaki...makhluk yang tidak pernah menggoda dan menjerat kaum hawa dalam percintaan. Kadang aku terfikir masih adakah cinta yang sejati di dunia ini.. Namun aku alpa sebenarnya.... tiap insan yang dicipta_Nya adalah berpasangan. Mengapa aku masih mahu mengejar yang tidak pasti..???
mengapa aku terus berlari merayu kasih yang melukai..?? di mana nilai dan harga diri..?? siapa yang menjadi punca penderitaan yang aku rasai di hati..??? Si diakah...????? atau sebenarnya khilafku sendiri....???

Oh Tuhan......tunjukkan hamba_Mu jalan....pimpinkan hamba_Mu ke arah kebaikan...tutupkan pintu cintaku yang penuh dengan nafsu syaitan.....leraikan kekusutan yang hamba_Mu selalu rasakan....sinarkan hamba_Mu dari kegelapan....amin.....


No comments:

Post a Comment