Monday 10 September 2012

Kisah Cinta 6......♥♥


Bila kita dalam kesepian kita akan mudah tersentuh hati bila ada yang mengambil berat dan perihatin tentang kita kan......itu yang aku rasai.....aku benar-benar bersyukur bila teman-teman selalu berada di sampingku saat aku jatuh. Perhatian yang diberikan padaku membuatkan aku rasa tenang dan boleh berfikir secara positif...

Walaupun ini bukan kali pertama aku putus cinta namun, kesakitan yang dirasai kali ini berbeza...mungkin kerna persahabatan yang kami jalinkan lebih dari 3 tahun menyebabkan aku sukar menerima takdir ini...

Dalam keadaan yang menyakitkan aku masih sedar ada 2 insan yang masih selalu ada untuk aku...Ejad dan aliq....tapi perasaan aku yang kosong masih membuatkan aku sukar untuk menerima sesiapa,...kadang kala hatiku terguris bila aliq seakan-akan menyalahkan aku sebab memilih kekasihku dulu..sikapnya yang seakan-akan memburukkan si dia membuatkan aku rimas......

Hanya pada ejad tempat aku luahkan ape yang aku rasa...entah la..mungkin sebab dia makin rapat denganku membuatkan aku lebih selesa bercerita tentangku padanya berbanding aliq....ucap katanya " orang sayang kat dye" kadang kala menyentuh hatiku, tapi aku masih keliru....ucapannya hanya aku balas dengan kata-kata kosong.....



Sejak aku di parit buntar 2 kali dia datang....apa saja yang aku idamkan dia cuba tunaikan...kadang kala aku rasa bersalah....perasaannya yang dizahirkan melalui perbuatan dan juga kata-katanya tak mampu untuk aku balas...adakah dia akan menyalahkan aku satu hari nanti kalau aku menjauh darinya nanti..???

Kek yang comel menjadi hadiahnya kepadaku, memang aku tak menjangka yang dia senekad itu tapi itulah dia...."ejad" yang akan lakukan apa-apa saja untuk membuatkan orang-orang sekelilingnya selalu tersenyum...tapi kadang kadang aku terfikir..adakah hatinya jua tersenyum...???


Cantikkan kek nie.....:-)
kek nie dia hadiahkan pada tanggal 20hb april.....pukul 11.30 malam pulak tu...ishhhh....."dia nie memang dah hilang akal" tu aje yang aku boleh ucapkan bila dia col dan suruh aku turun jumpa dia.....:-)

Tapi sebenarnya di sudut hatiku yang paling dalam, aku rasakan yang dia "sweet sangat......" bukan sebab kek yang dia berikan tetapi kerana kejutan demi kejutan yang dia selalu berikan padaku....:-)
selama ini x pernah ada lelaki yang suka memberikan aku kejutan sepertinya. "terima kasih ezat" ('',)....




No comments:

Post a Comment