Wednesday 12 September 2012

Kisah Cinta 10 ( siapa pilihanku...♥ )......♥♥


Bila aku sendiri aku tak mampu lari dari bayang-bayang sendiri.....Sungguh..aku sunyi...dan bila aku sunyi aku akan merindui "dia" tapi sampai bila....???

Harus ke aku pentingkan diri dan menerima lamaran cinta dari insan lain dan menggunakan orang lain untuk melupakan dia...tapi berjayakah..?? mampukah aku melupakan dia..??? dan mampukah aku mencintai orang lain seperti aku mencintainya.....

Puas aku timbang baik dan buruknya, kali ini aku nekad.....tapi siapa yang patut aku pilih..??
2-2 insan itu menyanyangiku....mengharapkan cintanya aku balas... mereka sama-sama baik..2-2 terlalu mementingkan aku dan selalu menjagaku....Ya Allah....

Kawan-kawan aku ada pandangan dia masing-masing....alahai...andainya hati aku mampu berbicara pasti dia mampu memilih siapa yang lebih memahami aku....^____^

Mungkin ke aku memilih aliq yang dah lama aku kenali..?? dan yang dah banyak berkorban untuk aku....dia amat menyayangiku, selalu menemaniku ke mana saja aku nak pergi.....tapi aku bukan tak pernah cuba menerima dia, mungkin dia dan aku tak serasi....

Aku paling tak suka bila ada yang mengatur dan mengongkong hidupku.....puas aku tegur sikapnya yang satu tu....tapi alasannya dia nak menjaga aku....dia takut aku terlalai dan diperdaya lelaki-lelaki yang suka mengambil kesempatan..." hurmm..betul ke??"
tapi aku bukan budak kecik yang baru terdedah pada dunia cinta...bermacam-macam lelaki yang aku temui...aku masih waras dalam membuat keputusan...

Ejad.....dia masih terlalu baru aku kenali...tapi aku boleh rasakan keikhlasannya mencintaiku...kesungguhannya dalam melakukan perkara-perkara yang menggembirakan aku amat aku hargai....tapi adil ke kalau aku memilihnya tanpa beri peluang pada aliq...???
aliq pun dah banyak berkorban untuk aku.......:-)

Mungkin aku agak terdesak dan mungkin juga aku agak terburu-buru tapi aku tetap keraskan hatiku dalam membuat keputusan untuk kali ini...risikonya akan aku terima kalau memang itu yang telah tersurat dalam hidupku.....:-(


Tanggal 2 Jun 2012 adalah tanggal bersejarah dalam hidupku....setelah beberapa hari aku memikirkan tentang hati, aku dah buat keputusan....:-) apa yang berlaku selepas nie aku redha....mungkin semua ini menjadi kehendak Allah (S.W.T) pada hambaNya...


Bila hatiku dah yakin dengan pilihanku...aku nekad untuk meluahkan...tapi bila Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku, semuanya akan lancar...dan bila apa yang kita rancang bukan yang diperkenanNya..akan ada halangan untuk sesuatu yang menyekat perbuatan tersebut........mungkin itulah yang dirancangkan untukku dan si dia.....('',)

Petang tu aku masej aliq.....berbual-bual kosong tentang perkara-perkara yang tak penting sebelum aku luahkan apa yang telah aku putuskan....Malangnya...mungkin juga bukan jodohku dengannya..kemesraan aku dan ejad di fb menjadi persoalannya hingga menyesakkan perasaan dan mindaku...mungkin kata-kataku agak kasar tapi aku bukan robot yang patut di atur dan diprogram...pada siapa harus aku berkawan..dengan siapa aku boleh keluar..kemana..dengan siapa....semuanya perlu aku laporkan....

Perasaanku tika itu bagaikan seorang pesalah yang perlu dikawal ketat apabila dia persoalkan semua perhubungan aku dan lelaki-lelaki yang aku kenali..terutama tentang ejad..... Saat itu aku sedar....aku bukan bakal menjadi milik kekasihku seorang tetapi aku milik keluargaku dan juga teman-temanku jua....

Adakah mungkin pada suatu saat, akibat cemburunya...semua silatulrahim antara aku dan insan-insan sekelilingku perlu aku putuskan.....sampai bila aku harus menjaga hatinya yang sensitif dan mudah terasa hati....:-(....hanya itu masalah yang selalu dia berikan padaku...dan masalah itu yang akan menyebabkan aku tertekan....pernah aku migrain hanya kerana memikirkan sikap cemburunya yang kadang kala aku rasakan terlalu mengongkong.....


Alhamdulillah....Allah dah bukakkan pintu hatiku untuk melihat kebenaran..syukur sebelum aku membuat satu kesilapan besar yang tak mampu aku undur lagi....Aliq bukan lelaki tepat yang boleh menjaga aku dan keluargaku.....

Bukan aku terlalu memilih dan aku bukan mempunyai permintaan yang tinggi dalam memilih pasangan hidupku...aku cuma perlukan seorang anak lelaki untuk ibu dan abahku..seorang adik lelaki kepada kakak serta abangku....seorang sahabat kepada sahabat-sahabatku....dan sebagai seorang kekasih yang memahami dan selalu menyokong aku...memimpinku dalam jalan yang gelap.....:-)

Malam ini aku rasakan aku patut buat keputusan ...Ejad....mungkin dia pasangan yang aku cari..selama ini memang dia yang lebih memahami...tak pernah sekali pun dia mendesak aku untuk membalas cintanya dan yang paling besar pengorbanan yang dia berikan hinggan hatiku terusik adalah kerana kesabarannya......Ya..dia benar-benar sabar....hanya dia lelaki yang pernah aku kenali mempunyai tahap kesabaran setinggi ini....:-)



Aku kuatkan diri dan semangat untuk melamarnya...hahaha....mungkin ini satu lamaran kot bila aku tanya "awak nak kapel dengan saya tak..??" hahh...janganla dia ada sakit jantung...mahu tumbang dia dengan masej aku nie...:-)

Dan seperti yang aku jangka soalanku menjadi satu kejutan yang tak dijangka olehnya....walaupun agak terburu-buru tapi aku nekad dengan keputusanku....dan janjiku saat dia kata " saya rasa macam tak percaya tapi saya nak jadi kapel awk" adalah aku akan cuba sedaya upayaku untuk belajar mencintainya....:-)

Malam ini menjadi malam kenangan bila ekin dan ejad menjadi pasangan kekasih seperti yang pernah diimpikan oleh ejad suatu ketika dulu.....benar kata orang....:-) sesuatu yang kita cuba menjauh akan menjadi sesuatu yang mendekati kita tanpa kita sedari.......



        * Aku akan belajar mencintaimu,menyayangimu, dan menghargaimu seperti mana kau mencintaiku,menyayangiku dan menghargaiku.....* Thanks untuk kesabaran yang kamu berikan* For you dear: Ezat.......♥♥♥♥





.







No comments:

Post a Comment