Tuesday 11 September 2012

Kisah Cinta 9....♥♥♥ (pangkor island's memories)..♥




26 mei 2012......

Apa yang mampu aku katakan pada hari ini...aku sedikit pun tak menduga yang percutian kami kali ini akan merubah hidupku......mengapa..???
Semuanya ketentuan Yang Maha Esa......:-)



Semua orang mampu mengucapkan kata "saya sayang awak atau saya cinta awak" tapi adakah ucapan yang dilafazkan sama dengan kata hati..?? itulah keikhlasan.....keikhlasan dapat dinilai dari banyak aspek tapi jika keikhlasan yang dipamerkan hanya pura-pura..ianya akan bersifat sementara dan palsu...segala perbuatannya kaku tanpa ada makna....:-)

Di sini aku dapat melihat dengan jelas siapa sebenarnya insan yang dahulunya aku tolak dan cuba untuk menjauhkan diri......Insan yang selalunya berfikiran positif dan menerima apa saja yang diperlakukan padanya kerna padanya setiap yang berlaku mesti ada maksud tersurat......:-)
aku benar-benar kagum dengannya.......




Jujur aku katakan yang aku benar-benar seronok disini...tenang dengan keindahan pantai yang biru...pepasir yang putih bersih lembut menyentuh kaki...dan dia....aku perasan yang dia selalu mencuri pandangku....ingin benar rasanya aku melihat ke lubuk hatinya benarkah adanya aku di situ...??
Cinta tanpa sedar....mungkin ia atau mungkin jugak tidak...tapi aku sebagai manusia biasa akan ada sedikit perasaan cemburu bila melihat perhatiannya mula beralih....emmm...mungkinkah beralih..?? atau hanya mainan perasaanku yang kian hanyut dalam hati yang kian bergolak.....

Aktiviti kami sama seperti yang dia rancangkan....aku nampak kesungguhannya dalam membuat kami enjoy dalam percutian di sini...:-)

Menaiki boat melawat sekita pulau memang menarik.....:-)
ada kalanya matanya dan mataku bertemu....tapi benar katanya aku kalah dalam membalas renungan matanya...mengapa...????
adakah sebab perasaan yang baru berputik ataupun aku takut pada bayang-bayang sendiri....??? entahlaa....

Snorkling....memang menarik...melihat ikan yang pelbagai...seakan-akan berkawan denganku bila mereka datang makan makanan di tanganku....hilang resah dan duka yang aku rasai....cepatnya....benar ke dah hilang ataupun hanya kerana masaku terisi dengan pelbagai aktiviti hingga aku lupa memikirkannya..???




Padanya beribu ucapan terima kasih kerana membuatkan hati ini terubat dengan segala keasyikan aktiviti disini.....:-) sungguh aku lupa pada segalanya...bagaikan di sini hanya ada kami berempat aje....indahnya alam jika semuanya seperti ini....:-) sememangnya aku antara insan yang menyukai tempat-tempat seperti ini..damai dan menenangkan jiwa.....



Jeng..jeng..menu malam kami...memang sedap sangat sotong bakar dengan ikan 3 rasa tu....:-) ikan dan sotong segar la katekan......

Makan malam di tepi pantai...hehe...memang membangkit selera...dengan deruan ombak....angin malam yang sejuk...suasana yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila......thanks to ezat adan zam....kerana korang kami dapat menikmati keseronokkan di sini....:-)


Walaupun kepenatan dan kekenyangan, masih sempat lagi kami melepak di kawasan beranda atas villa yang kami tinggal....dan di situ dia memberikan aku hpnya dan biar aku dengar lagu "untuk dia" najwa latif dan sleeq.....lagu yang selalunya menjadi simbol pada cintanya terhadap aku....:-)

Tuhan saja Maha Mengetahui terbuainya perasaanku bila si dia terus dan terus memandangku sambil menyanyikan lirik lagu itu.....:-)

Jangan membuai perasaanku keterlaluan kerana aku takut aku akan hanyut dalam lautan asmaramu...aku belum bersedia untuk itu....:-)



27 mei 2012....

Walaupun pulau kenangan ini bakal aku tinggalkan tapi disini menjadi detik pertama aku dan dia.....tanpa sebarang perasaan aku datang tapi aku dapat rasakan kepulanganku membawa sedikit perubahan positif yang tak mungkin dapat aku luahkan padanya...biarlah menjadi rahsia......:-)




Cinta itu memang unik......jika kita benar-benar ikhlas tentang apa yang kita hajati insyaallah apa yang kita impikan akan menjadi milik kita...namun apa yang harus kita tanamkan dalam diri adakah kesabaran.....

No comments:

Post a Comment