Sunday 9 September 2012

Kisah Cinta 3......♥♥




Betul orang kata, tak kenal  maka tak cinta...kan....dan aku...tidak memberi peluang untuk diriku mengenalinya so macam mana aku nak mencintainya....:-)

Jujur aku katakan aku adalah jenis manusia yang tidak berani untuk mengambil sebarang risiko... hanya sebab aku tak pernah bersua muka dengannya, aku menjarakkan hubungan aku dengannya. aku lebih suke memandangnya dari sudut negative....kejamkan aku....hurmmm......

Walaupun kesalahan yang dilakukan hanya sekecil zarah akan aku perbesarkan dan meletakkan seluruh kesalahan di bahunya....niat sebenar aku adalah untuk membuat dia membenci dan menjauhkan diri dariku..aku tak mahu dia semakin terluka pada masa hadapan...namun aku salah....apa yang aku buat hanya sia-sia...kedegilan dan kekerasan hatinya membuktikan padaku bahawa cintanya bukan semudah itu untuk aku leburkan......duhai insan.....

Setelah hampir sebulan mengenalinya aku nekad untuk menjauhkan diri darinya....kepergiannya ke Australia adalah bonus yang aku tunggu-tunggu...semua panggilan dan pesanannya aku abaikan...aku diamkan diri darinya agar dia tahu aku benar-benar ingin dia menjauhkan diri dariku.....

Satu hari temanku ammy memberitahuku yang ejad mintak pertolongannya untuk menjadi orang tengah antara dia dan aku... Ya Allah betapa kerasnya hati lelaki ini...

Namun jauh dari sudut hatiku yang paling dalam aku kagum dengannya...sebesar itukah nilai cintanya pada aku yang serba kekurangan ini..?? tetapi cepat-cepat ku hakis perasaanku...walau apa yang terjadi aku tetap akan pegang janjiku pada kekasih hati....perhubungan dan kepercayaannya akan ku jaga tanpa aku khianati walaupun kadang kala aku benar-benar terasa diabaikan...

Walaupun dirinya aku abaikan, segala yang berkaitan dengannya aku tahu melalui ammy... tetapi desakan ego lebih tinggi dari perasaan ingin mengetahui dan bila ammy bagi tahu yang dia akan balik ke malaysia dan akan ke kolejku untuk bertemu ammy adan aku....aku kian resah.....oh tidak......!!

Saat masejnya yang memberitahu bahawa dia akan ke sini untuk berjumpa denganku...aku cuba mengelak....aku jadikan alasan ber_BBQ dengan kawan-kawan untuk mengelak dari berjumpanya....keraskan hati aku mase tu......:-(

Malam tu hanya ammy dan syaza yang keluar bertemu dengannya....dan akuu...???? bersantai bersama rakan-rakan....tetapi apa yang aku benar-benar tak terduga kepulangan ammy dan syaza membawa sesuatu yang aku sendiri bagaikan dalam alam mimpi.......=bunga=????????




Pada awalnya aku jangkakan ammy yang dapat bunga tu tapi rupanya bunga tu untukku...disertakan pula dengan si comel yang berwarna kuning air di sebelah tu......terdiam seketika.... "Ya Allah dia ni sewel agaknya" tu aje yang datang dari benakku masa tu......:-)




No comments:

Post a Comment