Sunday 9 September 2012

Kisah Cinta 4......♥♥




14 april 2012

Sejak aku tahu dia berkawan dengan budak kelas aku, aku semakin menjauh dari dia.... sebernarnya aku tak tahu apa yang aku rasa...mungkin sebab selama ni dia terlalu memberi perhatian pada aku seorang dan bila kawan-kawan aku bagi tahu yang dia mula berkawan dengan orang lain aku rasa tergugat..

Tambahan lagi aku amat kenal dengan siapa "dia" kawan sekelas aku yang sememangnya cantik dan manja serta pandai memujuk rayu lelaki...tak mustahil tak lama lagi cintanya akan beralih...

Aku cuba menjadi setenang yang boleh tapi aku dah nekad untuk menjauh darinya...segala pesanannya dan ucapan maafnya ku abaikan. aku mendiamkan diri sehinggalah atas sebab-sebab tertentu aku sampai di bukit mertajam pada 14 april 2012.

Malam tu aku ikut ammy dan yang lain-lain keluar...dan mungkin ini akan menyebabkan kejutan padanya....hehehe....sebenarnya memang itu pun niat aku...membuat kejutan dan menunaikan janji yang pernah aku buat untuknya....

Dari jauh aku dah nampak kelibatnya bersama zam kawannya yang datang bersama sewaktu dia hadiahkan bunga padaku dulu. aku cuba berlagak setenang yang boleh walhalnya dalam hati tuhan aje yang maha mengetahui.....:-)

Masa aku masuk ke kereta dia cume diamkan diri....aku pula leka bersama teman-teman yang lain dan cuba menenangkan diri...

Masa sampai kat kedai makan syaza buat-buat poyo kenalkan aku pada zam dengan ejad...."Ya Allah si kecik nie saje je....malu beb...." aku cume senyum dan diam, tapi masih sempat memandang sekilas padanya yang kononnya beriak tenang sambal bermain hp..."macam aku tak tahu dia gelisah...." :-)

Diaorang buat keputusan untuk ke karoke ......dan aku yang sememangnya kepenatan terpaksa jua mengikut..dan dia....hummmm.....mungkin indah bila seseorang menyanyikan lagu yang sepertinya ditujukan untuk kita kan....itu la yang aku rasakan bila dia nyanyikan lagu sixsense yang bertajuk
 = hari ini dan semalam=.....:-)

Semasa diaorang semua leka bernyanyi dia menghantar text pesanan yang memohon maaf dan berharap aku masih sudi berteman dengannya namun hatiku yang sememangnya keras mengabaikan semua yang dia katakan. Memang aku nampak kekecewaan di mata dan wajahnya.... jauh di sudut hatiku sememangnya aku dah memaafkannya, kalau tak mana mungkin aku muncul didepannya sekarang.....

Tapi ego punya pasal muka toya yang aku berikan....haha.....terukkan....walaupun macam tu hatiku tersentuh bila setiap lagu-lagu yang dia nyanyikan sepertinya memberikan makna yang tertentu dalam menyatakan perasaan yang dia rasakan terhadapku.....('',)


No comments:

Post a Comment